1. Walaupun musnah harta dan benda,
harga diri janganlah jatuh
2. Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang. Bukan terletak pada wajah
dan pakaiannya.
3. Pepatah orang Makassar: Anak lelaki tak
boleh dihiraukan panjang. Hidupnya ialah
untuk berjuag. Jikalau perahunya telah ia
kayuh ke tengah, Ia tidak boleh bersurut
pulang, Meskipun bagaimana besar
gelombang, Biarkan kemudi patah,
biarkan layar robek, Ia lebih mulia
baginya dari pada membalik haluan
pulang.
4. Jangan bersikap melebihi daripada
ukuran diri, baik waktu duduk dalam
satu majlis atau dalam cara berpakaian,
cara berkenderaan, cara makan dan
minum, cara berumah tiang dan
berbujang pelayan, hendaklah tubuh
sepanjang berbayang-bayang; yakni
bersikap sederhana.
5. Pergaulan mempengaruhi didikan otak.
Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah
bergaul dengan orang beradab dan
berbudi mulia yang dapat kita kutip
manfaatnya.
6. Kemerdekaan sauatu negara dapat
dijamin teguh berdiri apabila berpangkal
pada kemerdekaan jiwa.
7. Dia lupa...nikmat yang ada dalam
tanggnya dia lupa kerana mengharapkan
nikmat yang akan datang.
8. Bukan dilarang membuat cita-cita yang
baru tetapi berfikirlah dengan wajar,
yang akan datang itu disyukuri yang
telah ada itu lebih disyukuri lagi.
9. Orang gelisah kerana mengharapkan
yang baru, dia lupa keadaan kekayaan
yang sedia ada.
10. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak
pernah memanjatlah yang tidak pernah
jatuh. Yang takut gagal, kerana yang
tidak pernah gagal hanyalah orang-
orang yang tidak pernah melangkah.
Jangan takut salah, kerana dengan
kesalahan yang pertama kita dapat
menambah pengetahuan untuk mencari
jalan yang benar pada langkah yang
kedua.
11. Jika engkau fikir miskin, senangkan
pulalah hatimu kerana engkau telah
terlepas dari suatu penyakit jiwa,
penyakit kesombongan yang selalu
menimpa orang kaya. Senangkan hatimu
kerana tiada orang yang akan hasad
dengki kepada engkau lagi lantaran
kemiskinanmu.
12. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat,
yang tidak ada jalan bagi orang lain
buat kecil hati dan tidak ada pintu bagi
kebencian.
13. Tugas kita bukanlah untuk berhasil.
Tugas kita adalah untuk mencuba,
kerana di dalam mencuba itulah kita
menemukan dan belajar membangunkan
kesempatan untuk berhasil
14. Supaya engkau beroleh sahabat,
hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang.
15. Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa
cinta, seakan-akan kita turut hidup
dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan
suka duka kita sekarang, adalah rasa
hati dan suka duka yang telah mereka
tinggalkan buat selama-lamanya.
16. Jangan ditangisi barang yang hilang,
tetapi syukurilah apa yang masih ada.
Kelak jika yang masih ada itu hilang,
ditangisi pula.
17. Hata hukama: Hendaklah adab sopan
anak-anak itu dibentuk sejak kecil
kerana ketika kecil mudah membentuk
dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh
adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
18. Biarpun seribu kapal tenggelam di
tengah lautan, tetapi cita-cita manusia
tidak pernah padam.
19. Kita harus yakin bahawa apa yang
ditentukan oleh Allah buat kita, itulah
yang terbaik.
20. Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan
juga hidup. Kalau bekerja sekadar
bekerja, kera juga bekerja.
Selasa, 17 Maret 2015
Kata pak hamka
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar