Sabtu, 18 Juli 2015

Aman katanya

sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada
di sisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di
tempat lain yang lebih menyeronokkan.
2. Tidak mengkritik tapi menegur sahabat dengan
berhikmah dan bijaksana. Bijak pandai ada
berpesan: "Setiap teguran mesti didahului oleh
beberapa pujian".
3. Menangis bukanlah kelemahan, tapi tanda kejujuran
hati. Tiada pemandangan yang lebih indah, daripada
Anda yang sedang menderita atau disakiti, tapi tetap
bermanja hati kepada Tuhan
4. Memang dunia dan nafsu merupakan kerabat dekat
yang keduanya sama-sama seperti bayang-bayang.
Nafsu sering diibaratkan dengan air laut, yang
apabila diminum tidak menghilangkan dahaga tetapi
hanya akan menambah haus...
5. " -Lebih baik seorang wanita mengahwini lelaki
yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki
tersebut."
6. "..wahai PUTERIKU..demi ALLAH..jangan engkau
percaya terhadap kata-kata sebahagian
lelaki..bahawa mereka memandangmu krn akhlak
dan adab.. Bicara dgnmu sperti sahabat..dan apabila
bercinta dgnmu sperti teman
akrab..sebenarnya..mereka BOHONG!! Jika engkau
mendengar sendiri bualan mereka..pasti engkau
takut dan ngeri.. Hanya di tanganmu pintu sgala
kebaikan...Bukan di tangan kaum lelaki.." ~ALI
THANTAWI~
7. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-
Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana
perasaan yang dicipta-Nya..
8. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali
dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta
kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan
bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada
kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan
dan keamanan
9. Seseorang yang sabar seperti orang yang
menggenggam tali dengan kuat, dia
menggenggamnya dengan rasa amanah yang tinggi.
Tetapi dia juga menyedari dia bukanlah pemilik
sebenar tali tersebut. Oleh itu , jika pada suatu masa
ketika tali itu ditarik dan diambil daripadanya, dan
dia tidak mampu menahannya,, maka pada saat itu
dia menyedari bahawa saat perpisahannya dengan
tali tersebut sudah tiba
10. "Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan
harapan. Seandainya kita menyedari hakikat
kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam
khayalan.."
11. “Baginda SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh
sejak datang ke Madinah selain Ramadan.”
12. “Rasulullah SAW berpuasa hingga kami
menyangkakan Baginda tidak akan berbuka dan
Baginda berbuka hingga kami menyangkakan
Baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak
pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan
puasa sebulan melainkan pada Ramadan dan aku
tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa
melainkan pada Syaaban.” (Hadis riwayat al-
Bukhari)
13. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu
jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan
yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita
kembali semula kepada Ilahi."
14. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau
akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
15. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia
hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
16. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah
raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".
17. " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg
mampu memenggal leher seorang lelaki. ( A.L Alek
Wong)
18. " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab) Hadiah Terbaik Kepada kawan -
Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua -
Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada
yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada
manusia - Kebebasan
19. " USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN
IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG
DIIMAGINASI
20. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat
Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah;
Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap
Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
21. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan
perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi
rintangan demi rintangan dalam hidup"
22. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia
,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi
tidak melihat apa-apa"
23. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati
24. Wanita itu sendiri adalah rahsia
25. Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana
ia melambangkan kehidupan yang harmoni
26. Enam hal yang memberi kesembuhan: Agama, ilmu,
kekayaan, herga diri, ampunan dan kesihatan
27. Buku adalah kawan yang paling baik...... Bercakap-
cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu,
dan bertemanlah dengan pengetahuan
28. Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban
untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu
menunjukan cinta sejati pada Allah
29. Usia tidak melindungi anda dari cinta, tetapi cinta
melindungi anda dari usia
30. Jika kamu mengerti seperti apa cinta yang tulus,
cintailah aku seperti itu. Jangan lebih, sebab hanya
cinta seperti itu yang ku perlu. Jika kamu mengerti
seperti apa kasih suci itu, kasihilah diriku, seputih
kasih itu, kerana hanya putih kasihmu yang
kumahu. Jika memang benar kau dan aku
ditakdirkan bersatu, maka takkan ada satupun yang
bisa memisahkan kita.
31. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih
sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai,
tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang
lain tanpa mengharapkan balasan
32. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi,
cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana
ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.
33. Sesiapa pun pandai menghayati cinta, tapi tak
seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta
bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata
kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan
melalui hati dan perasaan.
34. Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah
pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu
keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan
masakan tanpa garam. Kerana itu jagalah cinta yang
dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus
mekar dan wangi sepanjang musim
35. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal
keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
36. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan
kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat.
37. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan
rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan
menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu
berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
38. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya
mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi
dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. – Joseph
Conrad
39. Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia
melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah
dari kenyataannya walaupun sebenarnya dia sangat
lemah lalu dia bergembira kerananya. – Sokrates
40. Kata Imam Syafie : Jika ditanya orang sesuatu
masalah, kadang-kadang saya diam tanpa berkata
walau sepatahpun. Saya diam sehinggalah saya
mengetahui yang mana lebih baik, diam atau
bercakap. Saya tidak pernah kenyang sejak berusia
enam belas tahun kerana banyak makan
memberatkan badan, mengeraskan hati,
mengurangkan kecerdasan, menumpulkan otak,
membuat mengantuk dan melemahkan kemahuan
untuk beribadat
41. Siapa orang yang paling rendah darjatnya? Sokrates
menjawab, “Orang yang tidak percaya pada sesiapa
pun dan tidak dipercayai oleh sesiapa pun.” Dan
siapakah orang yang paling nista? Sokrates
menjawab,”Orang yang dimohon maaf tapi tidak
mahu memaafkan.
42. ”Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista
kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista
itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga
sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati
orang lain
43. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang
yang paling takut pada perubahan. - (Mignon
McLaughlin
44. Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan
seseorang ketika ia marah, kerana akan seperti itu
pulalah perlakuannya pada Anda. - (Henry Ward
Beecher)
45. 'jangn berputus asa kerana putus asa adalah
keingkaran... barangkali saja dalam waktu yang
terdekat ALLAH akan mmberikan kelapangn..."
46. 'berfikiran positif dan optimislah anda bila suatu
hari nanti semua urusan terlihat amat buruk kerana
perkara itu merupakan petanda akan datangnya hari
lain yang dekat waktunya yang semuanya dipenuhi
oleh kegembiraan dan keceriaan'....INSYAALLAH
47. Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu
krn dia telah membuat hatimu kuat.Berterima
kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia
membuat hidupmu makin bijaksana.Berterima
kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg
mengasah ketegaranmu.Dan berterima kasihlah pd
orang yg telah MENYAYANGImu krn itulah
ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..
48. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang
pastikan mendatang
49. Menghidupkan kembali agama bererti menghidupkan
suatu bangsa. Hidupnya agama bererti cahaya
kehidupan. Bediuzzaman Said Nursi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar